BAYU CAKERY

Craving Makes You Here

Dibuka sejak 2018, Bayu Cakery menawarkan pelbagai pilihan cakes, desserts & cookies yang dihasilkan segar untuk memenuhi selera masyarakat setempat di Kota Marudu.

Tentang Bayu Cakery

Bayu Cakery diasaskan oleh Pn. Bairum Binti Lani bersama suami, En. Yunus Bin Asik. Bermula secara kecil-kecilan, perniagaan ini terus berkembang apabila anak sulung mereka, Mohd Asyraf Bin Yunus, mengambil alih pengurusan pada Februari 2019.

Kini, Bayu Cakery beroperasi di Pekan Kota Marudu dengan sokongan 4 orang pekerja tetap serta telah menghasilkan lebih 20 jenis produk bakeri yang menjadi pilihan ramai pelanggan tempatan.

Keutamaan kami adalah rasa yang konsisten, kualiti terjaga dan layanan mesra kepada setiap pelanggan.

Produk Pilihan Pelanggan

Antara produk kegemaran pelanggan yang sering menjadi pilihan untuk pelbagai majlis dan keperluan.

Kek Carrot & Red Velvet
(Our SIGNATURE)

Tekstur lembut, rasa seimbang dan tidak muak. Pilihan utama pelanggan untuk sambutan istimewa.

Kek Custom Made

Kek tempahan khas mengikut tema, saiz dan citarasa anda. Sesuai untuk hari lahir, majlis keluarga dan acara khas.

Kek Batik Indulgence

Rasa coklat yang kaya dan memuaskan, digemari semua peringkat umur.

Kek Buatan Tangan Dengan Penuh Rasa & Minat

Setiap kek dan pencuci mulut Bayu Cakery dihasilkan dengan penuh ketelitian dan minat, bagi memastikan setiap gigitan memberi kepuasan dan kenangan manis kepada pelanggan.

Sedang Mengidam Kek & Dessert di Kota Marudu?

Tak kira untuk sambutan istimewa atau sekadar memanjakan diri, Bayu Cakery sedia memenuhi keinginan manis anda dengan pelbagai pilihan kek dan pencuci mulut.
BAYU CAKERY
Cosmopoint, No.19,
89107 Kota Marudu, Sabah

No.Phone : 014-327 7724
© 2026 Web Designed by Khaiz Empire. All rights reserved.
Privacy Policy